
Baguskan tips daripada AKPK ni,
untuk peringatan kepada diri sendiri gak ni. Takut terlebih belanja.
Wealth Creation, Wealth Protection & Wealth Distribution

Hari ni belajar pengalaman dari seseorang, yang mungkin boleh dijadikan iktibar kepada saya dan juga rakan-rakan semua.
✔ Elakkan tanggapan dan niat nak kerja selepas usia bersara, masa tu badan sudah tidak larat
✔ Gaji mungkin besar pada usia menghampiri persaraan - jangan buat hutang besar, termasuk beli rumah besar ataupun kereta mewah
✔ Rancang simpan wang untuk hidup selesa lepas bersara, fikirkan juga perihal tabung untuk kos rawatan hospital, termasuk beli ubatan.
✔ Duit KWSP tak cukup untuk tanggung kehidupan lepas bersara, kena kerja balik untuk tanggung anak-anak yang masih belajar dan masih tidak bekerja
✔ Perlindungan takaful/insurans yang ada jangan sesekali lapse, bila dah lapse nak apply balik di usia emas rata-ratanya sudah ada penyakit tiga serangkai.
✔ Kehidupan kita di dunia walaupun singkat, namun ada umur panjang sampai usia 80-90 tahun, pastikan kita tinggalkan aset untuk anak-anak agar mereka rasa 'bertanggungjawab' untuk jaga kita nanti. Aset yg paling mudah adalah 'wang tunai' dari takaful yg boleh dihibahkan tanpa faraid. Dunia skrg makin materialistik, jangan kata anak-anak tak pandang benda tu.. tapi menantu dan cucu-cucu kita mungkin pandang akan kebendaan.
Inilah sedikit sebanyak pengalaman dari orang senior yang saya belajar hari ini.. saya belajar sesuatu dari beliau, dan sekiranya anda rasakan isu ini juga mungkin ada kena mengena dengan anda pada masa hadapan, sudikanlah tekan button 'like' atau share atau komen sesuatu...
Rancang wang bukan saja untuk kita jadi kaya raya, namun rancang untuk pastikan kita mampu meneruskan kelangsungan hidup tatkala tidak lagi berupaya untuk menjana pendapatan.

Siapa kat sini lelaki umur 30 hingga 40 tahun?
Rasa nak mulakan bisnes. Tapi rasa macam dah lambat.
Atau anda yg dah start meniaga. Tapi belum nampak hasil lagi...
Belajar sesuatu dari sini.
Satu kisah ribuan batu jauhnya.
Satu orang yang telah bersara. Dapat duit pencen x cukup. Umur 65 tahun. Sebatang kara. Isteri dah cabut.
Dia x salahkan duit x cukup. Dia x salahkan bekas isteri. Ramai orang bila bercerai, dia salahkan pasangan.
Dia ambil tindakan.
Dia tanya soalan pada diri.
APA YANG BOLEH SAYA BUAT UNTUK ADD VALUES kepada org ramai?
Dan inilah soalan saya dan anda kena tanya pada diri sendiri hari2. Apa yg saya boleh buat utk tambahkan NILAI kepada masyarakat.
Dia pun fikir. Dia ada resipi. Ayam goreng yg ramai orang suka. Boleh ke dia buat duit?
Anda dah boleh agak kan siapa. Kol Sanders. KFC.
Tapi kalau jual resipi je. Nak bayar sewa rumah pun x boleh.
Dia fikir lagi.
Maka dia pun dapat idea.
Ramai orang ada IDEA yang hebat. Fikir apa yang boleh buat. Tapi setakat pikir je. Tak ambil TINDAKAN.
Apa yg dia nak jual?
Jual nak dapatkan royalti dari hasil tambahan jualan ayam menggunakan resipi tu.
Apa yang dia dapat?
Kena ketawakan orang.
"Hoi pakcik tua. Keluar dari sini. Kenapa kau pakai suit putih bodoh ni."
Adakah Kol Sanders give up. TIDAK sekali-kali
Dia ada personal power.
Persistent in taking action.
Setiap kali anda membuat sesuatu.
Anda akan belajar.
DAN anda akan cari jalan untuk buat dengan yang lebih baik.
Kol Sanders boleh saja balik rumah.
Bila kena reject.
Meniarapkan muka menangis kat bucu katil. He he he. Macam ada orang terkena je ni.
Sebaliknya dia fokuskan dirinya bagaimana nak sampaikan ceritanya dengan lebih berkesan dan dapat hasil yang lebih baik pada restoran berikutnya.
Berapa kali percubaan sebelum Kol Sanderd mendapat jawapan YES yg pertama?
Bukan 2p kali bukan 100 kali. Tapi...
1009 kali
Ramai yang kali ke 20 kalau asik NO je. Terus belah. Aku x boleh buat la bisnes ni. Tak serasi!
Kol Sanders bawa kereta buruk merentasi Amerika. Ketuk pintu restoran2.. Tidur kat seat belakang dengan suit putih yg dah keronyok.
Tapi bangun pagi setiap hari dengan semangat untuk kongsikan idea dia dengan orang baru.
Untuk berapa lama? Kita ingat 2-3 bulan.
2 tahun.
Berapa ramai orang yang sanggup melalui COBAAN sebanyak 1009 kali. 2 tahun!. Sangat sedikit.
Ramai 3 bulan je. Dah tak nampak batang hidung.
CHA ALIF BOT.
Sebab tulah ada 1 je Kol Sanders.
Kalau anda lihat pada orang2 yg BERJAYA.
Anda akan dapat lihat CIRI-CIRI yang sama macam ni.
Mereka tak nak dinafikan.
Mereka tak boleh terima dikatakan TIDAK.
Mereka tak akan benarkan apa2 yang menghalang untuk capai Visi mereka, IMPIAN mereka dan realiti.
Oleh itu kengkawan sekalian.
Ada idea. Take action
Dah tak action. Kena persistent.
Baiki cara anda
Sampai jadi.
Hasil bacaan dari buku Tony Robbins.
Ditambah dengan resipi Arif Ismail
Adakah saya dah ADD VALUES pada anda hari ini?
Cnp dari Tn Arif Ismail. My GAM Public Mutual.
Assalamualaikum.
Tak lama lagi 2017.
Dah ada azam 2017?
Adakah azam 2016 telah terlaksana?


