Ads 468x60px

Subscribe:

Selasa, 13 Disember 2016

Peringatan

Hari ni belajar pengalaman dari seseorang, yang mungkin boleh dijadikan iktibar kepada saya dan juga rakan-rakan semua.

✔ Elakkan tanggapan dan niat nak kerja selepas usia bersara, masa tu badan sudah tidak larat
✔ Gaji mungkin besar pada usia menghampiri persaraan - jangan buat hutang besar, termasuk beli rumah besar ataupun kereta mewah
✔ Rancang simpan wang untuk hidup selesa lepas bersara, fikirkan juga perihal tabung untuk kos rawatan hospital, termasuk beli ubatan.
✔ Duit KWSP tak cukup untuk tanggung kehidupan lepas bersara, kena kerja balik untuk tanggung anak-anak yang masih belajar dan masih tidak bekerja
✔ Perlindungan takaful/insurans yang ada jangan sesekali lapse, bila dah lapse nak apply balik di usia emas rata-ratanya sudah ada penyakit tiga serangkai.
✔ Kehidupan kita di dunia walaupun singkat, namun ada umur panjang sampai usia 80-90 tahun, pastikan kita tinggalkan aset untuk anak-anak agar mereka rasa 'bertanggungjawab' untuk jaga kita nanti. Aset yg paling mudah adalah 'wang tunai' dari takaful yg boleh dihibahkan tanpa faraid. Dunia skrg makin materialistik, jangan kata anak-anak tak pandang benda tu.. tapi menantu dan cucu-cucu kita mungkin pandang akan kebendaan.

Inilah sedikit sebanyak pengalaman dari orang senior yang saya belajar hari ini.. saya belajar sesuatu dari beliau, dan sekiranya anda rasakan isu ini juga mungkin ada kena mengena dengan anda pada masa hadapan, sudikanlah tekan button 'like' atau share atau komen sesuatu...

Rancang wang bukan saja untuk kita jadi kaya raya, namun rancang untuk pastikan kita mampu meneruskan kelangsungan hidup tatkala tidak lagi berupaya untuk menjana pendapatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan