Ads 468x60px

Subscribe:

Isnin, 12 Disember 2016

Quick Tips Beli Rumah

Image result for gambar rumah

Do's

1. Mula beli rumah pada aras kemampuan.Pada gaji RM3500,aku mula dengan rumah 100k.Buy Properties and Wait!

2.Cuba cari "less downpayment deal" .Untuk rumah underconstruction,cari yang ada sikit diskaun. Untuk rumah subsale,cari rumah "below market value".

3.Jika tiada juga,kumpul duit untuk beli rumah sekurang-kurangnya 15% dari harga rumah untuk offset LTV,bayaran2 lain seperti MRTT,legal ,MOT etc.Aku selalunya akan plan min 3 years ahead untuk fund ni.

4.Untuk yang berhajat untuk menyewakan rumah ,sediakan juga extra fund untuk renovation untuk catch the potential tenant secepat mungkin supaya anda ada "holding power" selepas rumah anda disewakan.

5."Automate"kan pembayaran rumah sewa melalui akaun bank anda dan simpan penjanjian sewaan anda sebagai dokumen lampiran untuk pembelian rumah seterusnya.

Don't

1. Elakkan buat personal loan di bawah umur 30 tahun. Anda mungkin akan jadi high risk applicant atas dasar perancangan kewangan peribadi yang tak stabil.

2. Jangan beli kereta pertama lebih 20% dari gaji pertama. Untuk gaji RM3,500 ke bawah, Debt Service Ratio (DSR) biasanya perlu rendah, dan perlu ada Net Disposable Income (NDI) yang cukup.

3. Elakkan untuk buat ASB Financing di tahun yang sama dengan tahun ingin membeli rumah. Kebanyakan bank akan kira dividend ASBF bermula tahun kedua pembiayaan.

4. Jaga penggunaan kredit kad. Kiraan DSR untuk kad kredit biasanya dikira berdasarkan "outstanding balance", bukannya "credit limit". 5% minimum payment akan dikira sebagai komitment untuk pengiraan DSR.Kad kredit hakikatnya bukan "keperluan" untuk orang yang cakna kewangan.Ada caranya untuk hidup bebas tanpa bebanan kad kredit

5. Untuk gold owner, elakkan letak atau pajak emas anda di pajak gadai (pawn broking) yang mempunyai link dengan CCRIS i.e Ar-Rahnu di bawah seliaan bank. Kiraan pajakan emas anda biasanya akan dikira sebagai komitment untuk 7 bulan. Contoh; pajakan RM3,500 bahagi 7 bulan, bersamaan RM500 sebulan.

Tulisan asal Firdaus Pay.

Sila SHARE jika bermanfaat

0 ulasan:

Catat Ulasan