Ads 468x60px

Subscribe:

Selasa, 13 Disember 2016

Peringatan

Hari ni belajar pengalaman dari seseorang, yang mungkin boleh dijadikan iktibar kepada saya dan juga rakan-rakan semua.

✔ Elakkan tanggapan dan niat nak kerja selepas usia bersara, masa tu badan sudah tidak larat
✔ Gaji mungkin besar pada usia menghampiri persaraan - jangan buat hutang besar, termasuk beli rumah besar ataupun kereta mewah
✔ Rancang simpan wang untuk hidup selesa lepas bersara, fikirkan juga perihal tabung untuk kos rawatan hospital, termasuk beli ubatan.
✔ Duit KWSP tak cukup untuk tanggung kehidupan lepas bersara, kena kerja balik untuk tanggung anak-anak yang masih belajar dan masih tidak bekerja
✔ Perlindungan takaful/insurans yang ada jangan sesekali lapse, bila dah lapse nak apply balik di usia emas rata-ratanya sudah ada penyakit tiga serangkai.
✔ Kehidupan kita di dunia walaupun singkat, namun ada umur panjang sampai usia 80-90 tahun, pastikan kita tinggalkan aset untuk anak-anak agar mereka rasa 'bertanggungjawab' untuk jaga kita nanti. Aset yg paling mudah adalah 'wang tunai' dari takaful yg boleh dihibahkan tanpa faraid. Dunia skrg makin materialistik, jangan kata anak-anak tak pandang benda tu.. tapi menantu dan cucu-cucu kita mungkin pandang akan kebendaan.

Inilah sedikit sebanyak pengalaman dari orang senior yang saya belajar hari ini.. saya belajar sesuatu dari beliau, dan sekiranya anda rasakan isu ini juga mungkin ada kena mengena dengan anda pada masa hadapan, sudikanlah tekan button 'like' atau share atau komen sesuatu...

Rancang wang bukan saja untuk kita jadi kaya raya, namun rancang untuk pastikan kita mampu meneruskan kelangsungan hidup tatkala tidak lagi berupaya untuk menjana pendapatan.

Isnin, 12 Disember 2016

Quick Tips Beli Rumah

Image result for gambar rumah

Do's

1. Mula beli rumah pada aras kemampuan.Pada gaji RM3500,aku mula dengan rumah 100k.Buy Properties and Wait!

2.Cuba cari "less downpayment deal" .Untuk rumah underconstruction,cari yang ada sikit diskaun. Untuk rumah subsale,cari rumah "below market value".

3.Jika tiada juga,kumpul duit untuk beli rumah sekurang-kurangnya 15% dari harga rumah untuk offset LTV,bayaran2 lain seperti MRTT,legal ,MOT etc.Aku selalunya akan plan min 3 years ahead untuk fund ni.

4.Untuk yang berhajat untuk menyewakan rumah ,sediakan juga extra fund untuk renovation untuk catch the potential tenant secepat mungkin supaya anda ada "holding power" selepas rumah anda disewakan.

5."Automate"kan pembayaran rumah sewa melalui akaun bank anda dan simpan penjanjian sewaan anda sebagai dokumen lampiran untuk pembelian rumah seterusnya.

Don't

1. Elakkan buat personal loan di bawah umur 30 tahun. Anda mungkin akan jadi high risk applicant atas dasar perancangan kewangan peribadi yang tak stabil.

2. Jangan beli kereta pertama lebih 20% dari gaji pertama. Untuk gaji RM3,500 ke bawah, Debt Service Ratio (DSR) biasanya perlu rendah, dan perlu ada Net Disposable Income (NDI) yang cukup.

3. Elakkan untuk buat ASB Financing di tahun yang sama dengan tahun ingin membeli rumah. Kebanyakan bank akan kira dividend ASBF bermula tahun kedua pembiayaan.

4. Jaga penggunaan kredit kad. Kiraan DSR untuk kad kredit biasanya dikira berdasarkan "outstanding balance", bukannya "credit limit". 5% minimum payment akan dikira sebagai komitment untuk pengiraan DSR.Kad kredit hakikatnya bukan "keperluan" untuk orang yang cakna kewangan.Ada caranya untuk hidup bebas tanpa bebanan kad kredit

5. Untuk gold owner, elakkan letak atau pajak emas anda di pajak gadai (pawn broking) yang mempunyai link dengan CCRIS i.e Ar-Rahnu di bawah seliaan bank. Kiraan pajakan emas anda biasanya akan dikira sebagai komitment untuk 7 bulan. Contoh; pajakan RM3,500 bahagi 7 bulan, bersamaan RM500 sebulan.

Tulisan asal Firdaus Pay.

Sila SHARE jika bermanfaat

Khamis, 8 Disember 2016

Nak KFC?

Siapa kat sini  lelaki umur 30 hingga 40 tahun?

Rasa nak mulakan bisnes. Tapi rasa macam dah lambat.

Atau anda yg dah start meniaga. Tapi belum nampak hasil lagi...

Belajar sesuatu dari sini.

Satu kisah ribuan batu jauhnya.

Satu orang yang telah bersara. Dapat duit pencen x cukup. Umur 65 tahun. Sebatang kara. Isteri dah cabut.

Dia x salahkan duit x cukup. Dia x salahkan bekas isteri. Ramai orang bila bercerai, dia salahkan pasangan.

Dia ambil tindakan.

Dia tanya soalan pada diri.

APA YANG BOLEH SAYA BUAT UNTUK ADD VALUES kepada org ramai?

Dan inilah soalan saya dan anda kena tanya pada diri sendiri hari2. Apa yg saya boleh buat utk tambahkan NILAI kepada masyarakat.

Dia pun fikir. Dia ada resipi. Ayam goreng yg ramai orang suka. Boleh ke dia buat duit?

Anda dah boleh agak kan siapa. Kol Sanders. KFC.

Tapi kalau jual resipi je. Nak bayar sewa rumah pun x boleh.

Dia fikir lagi.

Maka dia pun dapat idea.

Ramai orang ada IDEA yang hebat. Fikir apa yang boleh buat. Tapi setakat pikir je. Tak ambil TINDAKAN.

Apa yg dia nak jual?

Jual nak dapatkan royalti dari hasil tambahan jualan ayam menggunakan resipi tu.

Apa yang dia dapat?

Kena ketawakan orang.

"Hoi pakcik tua. Keluar dari sini. Kenapa kau pakai suit putih bodoh ni."

Adakah Kol Sanders give up. TIDAK sekali-kali

Dia ada personal power.

Persistent in taking action.

Setiap kali anda membuat sesuatu.
Anda akan belajar.
DAN anda akan cari jalan untuk buat dengan yang lebih baik.

Kol Sanders boleh saja balik rumah.
Bila kena reject.
Meniarapkan muka menangis kat bucu katil. He he he. Macam ada orang terkena je ni.

Sebaliknya dia fokuskan dirinya bagaimana nak sampaikan ceritanya dengan lebih berkesan dan dapat hasil yang lebih baik pada restoran berikutnya.

Berapa kali percubaan sebelum Kol Sanderd mendapat jawapan YES yg pertama?

Bukan 2p kali bukan 100 kali. Tapi...

1009 kali

Ramai yang kali ke 20 kalau asik NO je. Terus belah. Aku x boleh buat la bisnes ni. Tak serasi!

Kol Sanders bawa kereta buruk merentasi Amerika. Ketuk pintu restoran2.. Tidur kat seat belakang dengan suit putih yg dah keronyok.

Tapi bangun pagi setiap hari dengan semangat untuk kongsikan idea dia dengan orang baru.

Untuk berapa lama?  Kita ingat 2-3 bulan.

2 tahun.

Berapa ramai orang yang sanggup melalui COBAAN sebanyak 1009 kali. 2 tahun!. Sangat sedikit.

Ramai 3 bulan je. Dah tak nampak batang hidung.
CHA ALIF BOT.

Sebab tulah ada 1 je Kol Sanders.

Kalau anda lihat pada orang2 yg BERJAYA.

Anda akan dapat lihat CIRI-CIRI yang sama macam ni.

Mereka tak nak dinafikan.
Mereka tak boleh terima dikatakan TIDAK.
Mereka tak akan benarkan apa2 yang menghalang untuk capai Visi mereka, IMPIAN mereka dan realiti.

Oleh itu kengkawan sekalian.

Ada idea. Take action
Dah tak action. Kena persistent.
Baiki cara anda

Sampai jadi.

Hasil bacaan dari buku Tony Robbins.

Ditambah dengan resipi Arif Ismail

Adakah saya dah ADD VALUES pada anda hari ini?

Cnp dari Tn Arif Ismail. My GAM Public Mutual.

Ahad, 4 Disember 2016

Azam 2017

Assalamualaikum.

Tak lama lagi 2017.

Dah ada azam 2017?

Adakah azam 2016 telah terlaksana?

Rabu, 30 November 2016

Tips Financial Planning

HEVERYONE MUST KNOW THIS !

TIPS Financial Planning
Sesuai share untuk kita sama-sama review dihujung tahun 2016 dan buat resolusi tahun baru 2017. InsyaAllah.

Rule 1 : Pay yourself first
Tiap-tiap bila dapat gaji, income etc first thing to do is SIMPAN SOME FOR YOURSELF. Mula with 10%, then 15% then 20% then 30% or more. Nak "feel" mesti ada tujuan yang BEST mengapa simpan duit.

Rule 2 : The 50-20-30 Rule
Perbelanjaan sara hidup 50% of your income.
Simpanan at least 20%. (ref Rule 1)
Belanja travel, makan diluar, hobby 30%
[adjust ikut umur, keadaan & keperluan]

Rule 3 : The 20-4-10 Rule LOAN KERETA
Bila beli KERETA, 20% untuk down payment (dari simpanan anda).
Tempoh loan kereta cuba 4 years (altho some lenders offer up to 9 years ! Hmmm kereta sekarang sedap pakai max 5 years, and most warranty/guarantee between 3 - 5 years sahaja).
Bayaran bulanan LOAN KERETA (or kenderaan) keep it to 10% or less.

Rule 4 : Emergency Fund
As SAFETY NET mesti keep 3 - 6 bulan belanja bulanan anda (at least).

Rule 5 : LIFE Cover
Haaaa ini perlindungan insurance & takaful. Sebenarnya tengok tahap hutang berbanding asset seseorang.
But simple way 5 hingga 10 kali ANNUAL INCOME. So gaji RM5,000 sebulan, perlindungan LIFE cover = RM600,000.
Again ingat if hutang tak banyak, maybe tak perlu melampau beli perlindungan !
Cari product yang sesuai, jenis-jenis risiko covered bersesuaian, supaya premium bulanan juga sesuai.

Rule 6 : Simpanan untuk RETIREMENT
Anggaran 20 - 30 kali ANNUAL INCOME. Ingat inflation dan lifestyle masing-masing (including level hutang) seseorang. Juga sekiranya tahap kesihatan meragukan, simpanlah lebih !
Sekiranya, Income RM5,000 sebulan ? Retirement fund perlu ada (objective) shud be around RM1.2 juta sehingga RM 1.8 juta. Boleh lah campur wang simpanan KWSP.

Rule 7 : RUMAH dan LOAN RUMAH
Down payment 10% to 20% dari simpana anda.
Baki dari pinjaman bank. Tahap kemampuan HARGA RUMAH shud be 4.5 hingga 5 kali ANNUAL INCOME.
So gaji RM5,000 sebulan, tahunan is RM60,000 so sebenarnya anda mampu beli harga rumah = 5 x RM60,000 = RM300,000 sahaja !!!
Bank kebiasaannya beri loan sekiranya belanja dan loan rumah baru tidak akan melebihi 60% pendapatan bulanan.

+++ yang ni payah follow, masalah utama rakyat Malaysia sehinggakan payah menyimpan. Tetapi kerajaan rasakan elok beri lebih hutang kepada peminjam dari menurunkan kos rumah. Maybe mereka tak faham financial planning kot ...+++

Rule 8 : Pelaburan EQUITY (saham)
Guna umur anda... Anda umur 30 tahun, so take 100 dan tolak umur anda 30 = 70.... maknanya 70% pelaburan/simpanan anda sesuai didalam pasaran saham. Semakin senior, semakin reduce the % untuk simpanan saham dan sepatutnya lebih conservative. But simpanan dan pelaburan masih perlu diteruskan supaya beat inflation rate 3% to 6%, dan can preserve nilai wang anda.

Rule 9 : NET WORTH
Hmmm ini berkenaan nilai kekayaan seseorang.
Net wort = Asset tolak Liability (hutang).
Disarankan objective Net Worth = [ umur X pendapatan tahunan ] bahagi 10.
So sekiranya umur 40, gaji RM5,000 sebulan atau RM60,000 setahun, objective Net worth seseorang = [40 X 60,000] / 10 = RM240,000. Ingat RM240,000 adalah nilai aset tolak liabiliti.
Bertambah tua (oops ! senior) seseorang, dan diandaikan pendapatan juga bertambah sekadar, maka Net Worth juga patut bertambah.
Contoh - umur 50, gaji RM10,000 sebulan.. Objective Net worth = [50 x RM120,000] / 10 = RM600,000.
PENTING sangat kita tahu ini.

Rule 10 : Rule 72
Haaaa ni adalah untuk kita sedar duit dimakan kadar inflasi.
Duit juga boleh berganda-ganda jika dapat pulangan tahunan yang bagus.
Rule 72 menyatakan JUMLAH TAHUN duit menjadi SEPARUH = 72 bahagi inflasi. Contoh = 72 / 6 = 12 tahun. Jadi NILAI WANG mengecil jadi SEPARUH setiap 12 tahun. (andai inflasi 6% setahun).
Rule 72 untuk ganda wang pula menyatakan JUMLAH TAHUN duit menjadi DUA KALI GANDA. Contoh = 72 / 10 = 7.2 tahun. Jadi WANG akan DUA KALI GANDA setiap 7.2 tahun sekiranya pulangan pelaburan sekitar 10%.

SO, start now to plan your 2017 FINANCIAL RESOLUTIONS. Talk to a financial planner to review and plan your financial goals !

Cnp

Khamis, 10 November 2016

Kadar Simpanan Asas KW$P

Assalamualaikum,

Salam Jumaat. Ok tak hari ni?

Alhamdulillah. Moga hari ini lebihh baik dari semalam.

Hari ini saya saja nak share bahawa terdapat perubahan AMAUN / NILAI dalam Jadual Kadar Simpanan Asas KW$P.

Anda boleh rujuk Laman Web di bawah untuk keterangan lanjut.

Kadar Simpanan Asas KW$P

Apa-apapun, anda boleh la semak kelayakan MELABUR ye.

Saya bantu mana yang boleh untuk menambah dana persaraan anda

Sekian. sampai jumapa lagi di entri akan datang.

Public Mutual Consultant

Hafsah Mohamad Ali
014-2339501
014-2339501
014-2339501


Isnin, 18 April 2016

Tips beli rumah

Assalmualaikum,

Pernah tak anda diluar sana menonton TV9 ? Ada satu rancangan yang saya suka iaitu

"SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM RUMAH"?

Saya nak kongsikan dengan anda Tips nak beli rumah bagi yang baru pertama kali ye.

Sila tonton video berikut: Tuan Bri merupakan pakar hartanah ye.

Tips Beli Rumah daripada Tn. Bri


Ok. Itu sahaja buat kali ini.

Semoga bermanfaat.

Khamis, 7 April 2016

Panduan beli rumah

Assalamualaikum,

Salam sejahtera. Mesti anda di luar sana ada yang sama seperti saya tertanya-tanya kenapa saya tekankan sangat pasal rumah ni .

Saya bagi sebab 'WHY".

1) Rumah adalah tempat kita berteduh. Kalau tak ada rumah kta nak duduk mana?



nak yang ini ?

2) Rumah adalah KEPERLUAN

Dah tahu kenapa perlu ada rumah. Jom saya bawa anda apa yang perlu kita sediakan untuk membeli rumah




Kena ada duit la. No Money No Talk ye.

Duit itu untuk keperluan berikut:

1) Deposit ataupun downpayment

- 10 % daripada harga rumah yang kita nak beli tu. Contoh : harga rumah RM500,000, kita kena sediakan deposit RM50,000.

2) Sales and Purchase Agreement ( S&P).

3) Valuation Fees - bayaran yang kita perlu bayar kepada penilai. Penilai akan nilai berapa harga pasaran rumah yang akan kita beli tu. Biasanya 0.25% daripada nilai rumah. Biasanya amaun ini akan dimasukkan sekali dalam loan @ pinjaman kita nanti.

4) Insuran atau Takaful .
Fungsi takaful adalah untuk memastikan rumah tersebut menjadi milik waris sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal peminjam. 

Ok. Entry ini , setakat ini dulu. Selepas ini akan saya tulis lagi apa kegunaan duit tu bila kita nak masuk rumah baru ye.

Moral of the story:

Rancang kewangan anda!

#hafsahma
#yourtrustconsultant
#014-2339501

Rabu, 6 April 2016

Beli rumah

Assalamualaikum,

Salam sejahtera. Entri kali ini santai sikit sebab nak tanya ni.

Soalan berikut:

1) Dah ada rumah sendiri ke ?

2) Dah rancang nak beli rumah ?

3) Rumah apa nak beli ?

4) Anggaran kos rumah ?

Mesti banyak pertanyaan kan. Agak-agak ada tak jawapan ?



 Cuba baca artikel di atas.

Adakah itu yang kan kita dapat ?

Renung-renungkan.

#hafsahma
#nakbelirumah

Selasa, 5 April 2016

Pengurusan Wang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nak tanya ni,  macam mana anda semua di luar sana urus wang?

Maksud saya selepas dapat GAJI atau 'DURIAN RUNTUH'. Apa yang anda buat terlebih dahulu ?

Lihat gambar di bawah ye.

 

Ini dulu.

Sila fikirkan. Mana satu 'habit' kita

Semoga bermanfaat

#hafsahPMutc

0142339501